Monday, February 8, 2016

SKGv3 Processor



Kini, Sistem Kehadiran Guru versi 3 telah ditambah baik dari segi pengekodannya. Sistem kini respon dengan lebih pantas walaupun menggunakan pemproses lama seperti Pentium 4. SKGv3 lebih mudah digunakan dan tidak memerlukan pemahaman yang tinggi tentang pengendalian sistem. Malah pengguna iaitu Guru dan Staf tidak menggunakan banyak masa untuk daftar masuk dan daftar keluar (1 hingga 3 saat sahaja).


Berminat;
Mohd Rezuan bin Zakaria
rezuan05@gmail.com
0127243559 (Call, SMS, WhatsApp)



Wednesday, December 30, 2015

Fungsi baru dan Analisis Kehadiran Guru dan Staf (SKGv3)

Sistem Kehadiran Guru dan Staf telah di naik taraf kepada versi 3 (SKGv3). Kelebihan versi 3 adalah ia menyokong dua (2) sesi persekolahan. Selain itu juga, beberapa paparan telah dikemaskini dan analisis kehadiran guru dan staf secara menyeluruh telah dibuat. SKGv3 sekaligus memudahkan pengisian data Keberadaan Guru yang biasanya diminta oleh pihak PPD atau JPN.

Fungsi baru yang ditambah;

1. Import data Guru dan Staf dari sistem eOperasi


Penguna SKGv3 tidak perlu memasukkan nama setiap guru dan staf satu persatu. Hanya klik butang Import eOperasi. Sangat memudahkan dan menjimatkan masa. (Versi dahulu menggunakan data emis. Sekarang emis hanya untuk fizikal sekolah, sudah tidak boleh digunakan lagi)


2. Export data ke Excel


Jika perlukan data sebagai rujukan tanpa cetakan, pengguna hanya perlu muat turun data format Microsoft Excel.


3. Laporan dan Analisis



Analisis Kehadiran mengikut tarikh.
Selain itu, analisis juga dilakukan mengikut nama dan mengikut sesi.


Info;
Bil. Hadir: Bilangan Guru/Staf Hadir pada tarikh tersebut.
Bil. Tiada: Bilangan Guru/Staf Tiada di sekolah yang dinyatakan sebabnya seperti Mesyuarat, Kursus dll.
Bil. Tidak Hadir: Bilangan Guru/Staf yang tidak hadir ke sekolah tanpa dinyatakan sebabnya. (Tidak dimasukkan dalam maklumat guru/staf tiada)
Peratus Kehadiran: Peratus kehadiran Guru/Staf pada hari tersebut



Analisis Kehadiran Guru Lewat dan Guru Tidak Daftar Keluar






Berminat? Hubungi;
Mohd Rezuan bin Zakaria
rezuan05@gmail.com
0127243559 (Call, SMS @ Whatsapp)




Friday, October 2, 2015

Sistem Kehadiran Guru Versi 3 (SKGv3)

Sistem Kehadiran Guru Versi 3 merupakan penambahbaikan dari SKGv2 yang hanya sesuai untuk sekolah satu sesi. Oleh itu, Versi 3 boleh digunakan untuk sekolah satu dan dua sesi. Ia juga dapat menyokong penggunaan kehadiran guru 'dua alam' yang bertugas pada sesi pagi dan sesi petang.


Paparan SKGv3. Tambahan paparan rumusan dan sesi.

Beberapa fungsi lain juga telah ditambah baik.


Antara Paparan Laporan;

1. Senarai Kehadiran mengikut nama
2. Senarai Kehadiran mengikut bulan
3. Senarai Kehadiran Lewat
4. Senarai Kehadiran Guru/Staf tiada di Sekolah (Mesyuarat, Kursus, dsb)
5. Analisis Kehadiran mengikut bulan


Berminat;

Mohd Rezuan bin Zakaria
rezuan05@gmail.com
0127243559 (Call, SMS @ Whatsapp)


Thursday, September 3, 2015

Kemaskini terakhir SKGv2

Sistem Kehadiran Guru dan Staf secara asasnya bermula dengan versi SKG v1.3 yang mana matlamat utamanya adalah untuk merekod kehadiran guru sahaja. Namun semakin lama sistem ini diperluaskan untuk kegunaan staf dan pekerja pembersihan. 


Paparan asal SKG v1.9: Menu Pengguna

Bagi versi 1.3, sistem dibangunkan bagi kegunaan sendiri sahaja. Setelah beberapa tahun digunakan beberapa fungsi ditambah baik dan versi 1.9 mula di jual secara online.

Alhamdulillah, sambutannya agak baik dan saya berterima kasih kepada semua sekolah yang telah menggunakan sistem ini. Banyak maklum balas yang saya terima dan sistem sentiasa ditambah baik mengikut kehendak sekolah. Harapan saya agar sekolah yang membeli sistem ini berasa berbaloi dengan wang yang dibayar.




Paparan SKG v1.3: Menu Utama




Paparan baru SKGv2 : Daftar kehadiran masuk dan keluar

Sehingga kini versi yang terbaru adalah SKGv2 yang mana boleh disambungkan secara online. Pada saya sambungan online sangat membantu dan memudahkan kerja saya untuk merekod ketidakhadiran guru dan staf. Tidak perlu lagi berada di depan komputer kehadiran. Pentadbir pun boleh memantau kehadiran secara jarak jauh menggunakan smartphone.

Walaubagaimanapun, SKGv2 hanyalah sesuai digunakan untuk sekolah satu sesi sahaja. Pada masa yang sama saya juga turut mengemaskini SKGv3 yang boleh digunakan untuk sekolah dua sesi. Mengemaskini kedua-dua sistem ini sangat mengambil masa kerana kerja yang sama perlu dibuat dua kali.

Oleh itu, mulai pada hari ini, kemaskini SKGv2 akan ditamatkan. Ia bagi memudahkan saya mengemaskini versi terbaru. Versi terbaru boleh digunakan oleh sekolah satu sesi dan sekolah dua sesi termasuklah kehadiran bagi guru dua alam. Berikut senarai harga bagi SKGv2 dan versi online.


SKGv2             :  RM 80 sahaja
SKGv2 online  :  tambah RM 20 sahaja


Berminat ;

Mohd Rezuan bin Zakaria
rezuan05@gmail.com
0127243559 (Call, SMS, WhatsApp)

Wednesday, August 26, 2015

Pemantauan dan Kehadiran Online

Sistem Kehadiran Guru dan Staf (SKGv2) dipertingkatkan lagi dengan pemantauan kehadiran secara jarak jauh. Kepesatan teknologi wireless memberi kelebihan kepada pengguna SKGv2. Admin dan pentadbir sekolah kini lebih mudah untuk memantau kehadiran guru dan staf. 


Paparan dashboard kehadiran


Senarai nama guru dan staf mendaftar masuk/keluar


Senarai guru belum mendaftar masuk atau tiada di sekolah


Jika admin tidak berkesempatan untuk duduk dan mengisi Guru Tiada di sekolah menggunakan komputer kehadiran, maka penggunaan SKGv2 Online sangat bertepatan. Di mana - mana selagi sambungan WiFi / Lan sekolah ada. Tidak perlu buka laptop, gunakan saja smartphone Android atau iPhone. 


Pengisian maklumat guru tiada di sekolah





Berminat :

Mohd Rezuan bin Zakaria
0127243559 Whatsapp
rezuan05@gmail.com

Saturday, February 14, 2015

SKGv2 dengan Barcode

Barcode Scanner

Apabila banyak permintaan untuk menggunakan sistem ini dengan Barcode Scanner, maka saya rasa sudah masanya sistem ini di upgrade. Mungkin ada yang tidak tahu sebenarnya barcode berfungsi sama seperti kita menggunakan keyboard tetapi lebih pantas sebab kod yang kita kehendaki sudah tercetak.

Oleh itu, kemaskini pada kali ini SKGv2 menampilkan penggunaan Barcode Scanner dengan modul pembina Barcode 39 Barcode 128. Untuk pengetahuan, barcode 128 digunakan adalah kerana ia boleh di scan oleh kebanyakan scanner yang ada di dunia ini. Jadi anda tidak perlu risau untuk memilih jenis Barcode Scanner yang ada di pasaran.

Beberapa ralat juga telah saya baiki dan penambahan paparan nama dan sebab Staf Tiada pada bahagian hadapan. Sebelum ini hanya nama guru dan sebab sahaja dipaparkan.


Paparan baru versi 15 Februari 2015



Barcode siap sedia untuk dicetak dan mengikut saiz plastik laminate untuk PassID


Berminat;

Mohd Rezuan bin Zakaria
0127243559 (SMS, Whatsapp)
rezuan05@gmail.com

Saturday, January 31, 2015

Sistem Kehadiran Guru Online SKG v2 + PHP

Sistem Kehadiran Guru PHP + Ms Access = Hybrid

Kadang kala kita perlu melihat kehadiran, tetapi ketika itu komputer yang menjadi tempat memasukkan kehadiran terletak agak jauh. Mungkin berada di pejabat, dan kita berada di Bilik Guru. Pejabat tingkat bawah. Bilik guru tingkat atas. Nak berjalan ambil masa. Macam mana supaya kita boleh lihat kehadiran dengan cepat tanpa melihat komputer kehadiran di pejabat?

Jawapannya : Online (WiFi)

Sekarang anda boleh mengakses SKGv2 secara online. Mudah, pantas dan praktikal. Tak perlu berjalan ke pejabat untuk lihat kehadiran. Cukup dengan komputer di depan anda, dimana mana tempat dan pada bila bila masa. Menggunakan fungsi Hybrid, komputer utama boleh akses offline, komputer lain boleh akses online. Fungsi hanya untuk kegunaan ADMIN sahaja.


Paparan Dashboard



Senarai Guru, Staf dan Pekerja Pembersihan



Senarai Kehadiran


Paparan android (akses dari Smartphone)



Berminat ;

Mohd Rezuan bin Zakaria
0127243559 (SMS, Whatsapp)
rezuan05@gmail.com