Tuesday, July 23, 2013

Sistem Kehadiran Guru atas Talian PHP

Nampaknya semakin hari ramai yang bertanya tentang Sistem Kehadiran Guru. Ramai sangat yang menghantar sms dan email bertanya sistem ini dengan lebih lanjut.

Sebenarnya saya sedang beralih arah ke sistem secara atas talian. Lebih mudah pengumpulan datanya dan tidak terhad pada satu komputer. Saya menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP 5.4 dan  XAMPP.

Tapi belum siap lagi...


Skrin Login Administrator

Monday, June 10, 2013

Apa ada pada Sistem Kehadiran Guru?

Ramai yang bertanya tentang sistem ini sejak akhir-akhir ini. Buat pengetahuan semua, Sistem Kehadiran Guru (SKG) telah mula digunakan di sekolah saya sejak tahun 2008. Banyak perubahan serba sedikit telah saya lakukan dari masa ke semasa bagi memudahkan penggunaannya.

Sistem ini menggunakan Database Microsoft Access 2003 dan 2007. Ia boleh di gunakan sama ada menggunakan windows XP, Windows 7 atau Windows 8.

Sistem ini tidak dapat berjalan dengan baik apabila menggunakan MS Access 2010 dan MS Acces 2013 kerana mempunyai reference library yang berbeza.


Contoh Laporan Kehadiran Guru Setiap Hari.