Friday, October 20, 2017

Auto Backup Data SKGv5



Kod Aturcara untuk fungsi Auto Backup

Baru-baru ini saya telah menerima panggilan dari Guru Besar sebuah sekolah yang menggunakan Sistem Kehadiran Guru dan Staf versi 5. Beliau telah meminta bantuan saya untuk mengembalikan data asal kerana beliau telah ter Muat Naik data lama.

Yang menjadi masalah kepada Guru Besar tersebut adalah kerana beliau tidak membuat Muat Turun Data (Backup) data terbaru. Maka semua kehadiran yang terbaru telah hilang. Saya sangat simpati kepada beliau kerana data tersebut hendak digunakan untuk urusan claim guru ganti.

Saya juga berasa kesal kerana tidak dapat membantu beliau. Jadi saya telah menambah kod aturcara dalam SKGv5 agar sistem dapat membuat backup secara automatik mengikut masa yang telah ditetapkan. Semoga fungsi ini dapat membuatkan sistem ini lebih baik pada masa akan datang.


Berminat dengan sistem ini?

Harga sistem hanya RM 80 sahaja.
Hubungi :
Rezuan - 0127243559 - Whatsapp, Telegram
rezuan05@gmail.com



Saturday, May 13, 2017

Paparan baru Sebab datang Lewat

Sebab Datang Lewat


Apabila guru dan staf datang ke sekolah lewat dari masa yang ditetapkan, maka paparan untuk menyatakan sebab datang lewat akan dipaparkan. Berbeza dari sistem yang dahulu, paparan kali ini memberi pilihan kepada pengguna untuk memasukkan sebab lewat. Jika tiada sebarang input, maka kehadiran tidak akan dicatat.



Paparan Datang Lewat SKGv3



Paparan Datang Lewat SKGv5


Apa sebab pilihan datang lewat dibuat? Ia bagi melatih guru dan staf untuk menyatakan sebab mereka datang lewat. Jika menggunakan paparan dahulu, kebanyakan guru dan staf tidak memasukkan alasan dengan betul. Biasanya mereka akan memasukkan tanda noktah sahaja. Oleh itu, semoga dengan adanya pilihan, maka mereka akan memilih dengan jujur sebab datang lewat ke sekolah.



Berminat dengan sistem ini?

Harga sistem hanya RM 80 sahaja.
Hubungi :
Mohd Rezuan
0127243559 - Whatsapp, telegram
rezuan05@gmail.com

Sunday, April 2, 2017

Paparan Baru Sistem Kehadiran Guru dan Staf versi 5

Kemaskini kali ini ditampilkan dengan paparan serba baru. Pada masa ini penggunaan paparan komputer wide screen yang telah menjadi kebiasaan. Oleh itu paparan lebih luas telah dibuat bagi mengisi kekosongan skrin.

Selain itu fungsi-fungsi baru juga turut di tambah. Kehadiran boleh dimasukkan sebanyak dua kali dalam sehari. Ia bermanfaat jika guru perlu keluar sekejap untuk ke PPD kemudian kembali semula ke sekolah untuk menyambung tugasan. Selain itu juga set waktu kehdiran guru juga telah ditambah dari Ahad sampai Sabtu. Ini berikutan terdapat sekolah waktu masuk dan waktu baliknya berbeza setiap hari.


Paparan SKGv5



Set Waktu untuk 7 hari


Berminat dengan sistem ini?

Harga sistem hanya RM 80 sahaja.
Hubungi :
Mohd Rezuan
0127243559 - Whatsapp, telegram
rezuan05@gmail.com