Thursday, January 7, 2010

Sistem Kehadiran Guru


Paparan Menu Utama

Sistem Kehadiran Guru - Apabila hadir ke sekolah, perkara pertama yang kita MESTI lakukan adalah mengisi kedatangan. Masih saya ingat lagi, dulu bila pergi sekolah mesti masuk ke pejabat dan tulis nama dalam buku log kedatangan. Kalau malas tulis, tulisan asal boleh baca je. Kalau ramai cikgu, maka kenalah beratur nak tulis kedatangan.




Tapikan yang peliknya, cikgu yang pertama sampailah ke ..., sama je waktunya. ??? Eh, betullah, tak kan nak tulis dengan SAAT nye sekali ye tak. Jadi, saya terpikir dan lahirlah
SISTEM KEHADIRAN GURU
.


Sekolah merupakan institusi pembangunan minda, maka segala perubahan bermula dari sekolah. Penggunaan sistem ini amat memudahkan guru-guru kerana tidak perlu lagi menunggu lama untuk menulis nama apabila hadir ke sekolah. Sejak mula digunakan, beberapa penambahbaikan telah dibuat bagi memudahkan lagi pengurusan data.


Paparan Masuk Kehadiran



Paparan Masuk Kehadiran (berubah jika ada guru yang hari lahirnya jatuh pada hari tersebut)


Paparan untuk Pentadbir masuk

Sistem Kehadiran Guru ini juga berbeza dengan sistem sedia ada yang telah dibangunkan kerana mempunyai fungsi-fungsi istimewanya yang tersendiri. Antara fungsi yang diminati oleh guru-guru di sekolah ini ialah fungsi Hari Lahir. Apabila tiba tarikh hari lahir seseorang guru, paparan sistem akan berubah. Seterusnya apabila guru tersebut mendaftar masuk, lagu hari lahir akan dimainkan kira-kira 10 saat.

Laporan untuk kehadiran guru juga disediakan bagi proses simpanan. Anda boleh mencetak kehadiran secara;

  1. individu
  2. bulanan
  3. keseluruhan
  4. dan banyak lagi

Aktiviti KOKO??? Kedatangan untuk KOKO juga boleh anda masukkan menggunakan Sistem Kehadiran Guru ini. Sistem ini juga terbukti secara psikologinya mampu mendisiplinkan guru, kerana jika datang lewat satu saat sekalipun nama anda akan merah dan diminta memberi kenyataan.




Paparan Jika Datang Lewat



Berminat!!!!

Pertanyaan:

Mohd Rezuan bin Zakaria
012-7243559
Email:rezuan05@gmail.com