Thursday, November 27, 2014

SKG v2.0

Sistem Kehadiran Guru versi 2.0


Kadang-kadang saya selalu terfikir nak buat macam-macam penambahan dalam SKG supaya lebih menarik dan mudah digunakan. Biasanya ia berlaku dalam otak sahaja kerana tiada masa untuk menghadap sistem ni. Penambahan yang kita terfikir tu mudah sahaja nak buat, dan boleh menggalakkan orang terasa nak guna sistem ini.

Kemaskini pada kali ini dibuat dengan penambahan paparan 1 saat gambar serta maklumat daftar masuk atau daftar keluar untuk pengguna. Sistem yang lama, apabila kita klik butang daftar masuk atau keluar, nama dan masa akan terus disimpan dalam pangkalan data. Jadi mungkin guru tu tak perasan sama ada dia sudah daftar masuk atau keluar.

Walaupun ada paparan senarai nama, tapi mungkin guru tersebut tak skroll ke bawah untuk melihat. Dan walaupun ada paparan guru terakhir masuk, mungkin dia tak perasan juga. Maka mungkin penambahan ini akan membantu. 


Penambahan untuk gambar dalam ruangan Maklumat Pengguna




Paparan 1 saat jika guru mendaftar masuk atau daftar keluar








Berminat :

Mohd Rezuan bin Zakaria
0127243559
rezuan05@gmail.com





Wednesday, September 3, 2014

Kenapa Perlu Sistem Kehadiran Guru dan Staf?




Kita lihat dulu 5 fakta tentang sistem ini;
  1. Saya telah menggunakan sistem ini di sekolah selama tujuh (8) tahun (sejak tahun 2008) dan sentiasa diperbaiki mengikut keperluan dan kemudahan semasa. 
  2. Sistem ini mengikut pekeliling Perakam Waktu Bil 11/1981 dan perubahan 24 Februari 2004  
  3. Sistem ini simple, mudah dan tidak menyusahkan. 
  4. Saya boleh simpan data kehadiran guru dan staf, serta boleh dipindahkan ke komputer lain. 
  5. Saiz kecil, cepat proses (menggunakan aturcara mudah) serta mementingkan logikal operasi.

Kenapa murah?

Sebab saya lihat, sistem kehadiran di pasaran yang sama terlalu mahal. Pada permulaan sistem ini dibina, sistem yang sama dijual paling murah RM 300. Mahal sangat bagi saya. Kalau sekolah yang kecil sudah tentu tak dapat nak beli sistem ini.

Jadi saya bina dan saya jual dengan harga murah supaya orang lain dapat guna. Bayaran yang sedikit dikenakan adalah kerana atas dasar menghargai dan supaya tidak dicetak rompak. Malah saya akan memberi khidmat latihan jika diperlukan secara percuma. Ada yang saya akan telefon sendiri walaupun jauh untuk membantu agar sistem ini dapat digunakan dengan mudah. 

Akhirnya, sudah banyak sekolah yang menggunakan Sistem Kehadiran Guru dan Staf. Terima kasih saya ucapkan.

Wednesday, April 16, 2014

Perubahan pada versi 1.9 BARU

Akhirnya sistem kehadiran guru sudah boleh digunakan untuk Pekerja Pembersihan. Dengan kawalan yang sama seperti guru, kehadiran pekerja pembersihan boleh dikendalikan oleh SKG v1.9

Beberapa penambahbaikan juga telah dibuat agar sistem menjadi lebih cepat bagi menangani data yang banyak dan diinput setiap hari.

Sebenarnya ada beberapa penambaikan lagi saya cuba buat seperti input kedatagan lewat dengan pilihan, paparan gambar (3 saat) setelah klik button masuk dan penerimaan kehadiran biometrik. Tapi mungkin akan ambil masa lama lagi. Ok, saya kongsikan sedikit printscreen untuk penambah baikan yang telah dibuat.


Sistem Kehadiran

Paparan baru untuk kehadiran.


Paparan untuk Guru Tembung (Input sebagai tiada tapi hadir ke sekolah)



Paparan Pekerja Pembersihan tiada.





Untuk Pertanyaan;

Mohd Rezuan bin Zakaria
0127243559
rezuan05@gmail.com


Friday, March 21, 2014

Paparan Sistem Kehadiran Guru v1.9 (2014)

Assalammualaikum,

Sistem Kehadiran Guru. Memang sudah banyak perubahan saya lakukan pada sistem ini. Kalau dulu fungsinya hanya untuk guru, namun sekarang fungsinya juga boleh digunakan oleh staf dengan paparan yang sama dan komputer yang sama.

Malah ada juga permintaan dari kerani saya, agar sistem ini digunakan oleh pekerja pembersihan sekolah. Sistem ini bagusnya apabila tidak perlu lagi beratur untuk menulis kedatangan. Malah rekod kehadiran juga waktunya lebih tepat dan tidak dapat di tipu.

Ok, saya kongsikan beberapa print screen dari paparan baru untuk sistem ini.

Menu Utama


Paparan Kehadiran

Paparan jika ada guru atau staf datang lewat


Paparan Kehadiran Jika ada guru atau staf Lahir pada tarikh tersebut


Paparan untuk pelawat


Menu Admin


Pencarian kehadiran mengikut tarikh


Laporan untuk cetakan



Berminat / Pertanyaan.

Mohd Rezuan bin Zakaria
rezuan05@gmail.com
0127243559