Thursday, September 3, 2015

Kemaskini terakhir SKGv2

Sistem Kehadiran Guru dan Staf secara asasnya bermula dengan versi SKG v1.3 yang mana matlamat utamanya adalah untuk merekod kehadiran guru sahaja. Namun semakin lama sistem ini diperluaskan untuk kegunaan staf dan pekerja pembersihan. 


Paparan asal SKG v1.9: Menu Pengguna

Bagi versi 1.3, sistem dibangunkan bagi kegunaan sendiri sahaja. Setelah beberapa tahun digunakan beberapa fungsi ditambah baik dan versi 1.9 mula di jual secara online.

Alhamdulillah, sambutannya agak baik dan saya berterima kasih kepada semua sekolah yang telah menggunakan sistem ini. Banyak maklum balas yang saya terima dan sistem sentiasa ditambah baik mengikut kehendak sekolah. Harapan saya agar sekolah yang membeli sistem ini berasa berbaloi dengan wang yang dibayar.




Paparan SKG v1.3: Menu Utama




Paparan baru SKGv2 : Daftar kehadiran masuk dan keluar

Sehingga kini versi yang terbaru adalah SKGv2 yang mana boleh disambungkan secara online. Pada saya sambungan online sangat membantu dan memudahkan kerja saya untuk merekod ketidakhadiran guru dan staf. Tidak perlu lagi berada di depan komputer kehadiran. Pentadbir pun boleh memantau kehadiran secara jarak jauh menggunakan smartphone.

Walaubagaimanapun, SKGv2 hanyalah sesuai digunakan untuk sekolah satu sesi sahaja. Pada masa yang sama saya juga turut mengemaskini SKGv3 yang boleh digunakan untuk sekolah dua sesi. Mengemaskini kedua-dua sistem ini sangat mengambil masa kerana kerja yang sama perlu dibuat dua kali.

Oleh itu, mulai pada hari ini, kemaskini SKGv2 akan ditamatkan. Ia bagi memudahkan saya mengemaskini versi terbaru. Versi terbaru boleh digunakan oleh sekolah satu sesi dan sekolah dua sesi termasuklah kehadiran bagi guru dua alam. Berikut senarai harga bagi SKGv2 dan versi online.


SKGv2             :  RM 80 sahaja
SKGv2 online  :  tambah RM 20 sahaja


Berminat ;

Mohd Rezuan bin Zakaria
rezuan05@gmail.com
0127243559 (Call, SMS, WhatsApp)