Tuesday, August 16, 2016

Fungsi Baru. Kehadiran Kokurikulum

Pada ketika dahulu fungsi ini sudah saya wujudkan. Namun begitu pada Sistem Kehadiran Guru versi 2.0 telah saya tutup fungsi ini. Keadaan ini kerana saya ingin fokus kepada pembangunan kehadiran guru dan staf ke sekolah sahaja.

Setelah beberapa lama membangunkan sistem ini, akhirnya fungsi kehadiran guru dan staf ke sekolah telah beroperasi dengan baik. Dengan sumbangan idea dari pelbagai sekolah, sistem ini telah dapat memenuhi keperluan semua sekolah iaitu Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan juga sekolah dua sesi.




Kini, sudah tiba masanya saya teruskan pula dengan fungsi Kehadiran Kokurikulum. Seperti semua maklum, aktiviti kokurikulum adalah wajib dijalankan pada setiap minggu. Maka sememangnya satu keperluan untuk merekod kehadiran guru semasa aktiviti kokurikulum.


Selain itu juga, pengekodan program ini juga telah saya tambah baik. Salah satunya adalah dengan menghilangkan paparan kemasukan No Pengenalan Peribadi jika sekolah menggunakan barkod scanner. Ini bertujuan agar semua guru dan staf menggunakan kad ID yang telah dicetak untuk daftar kehadiran. Ia juga sekaligus mampu menghalang daftar masuk oleh pengguna yang tidak sepatutnya.


Berminat ; Hubungi;
Mohd Rezuan bin Zakaria
0127243559
rezuan05@gmail.com

Harga hanya RM 80 sahaja.

No comments:

Post a Comment