Friday, October 20, 2017

Auto Backup Data SKGv5



Kod Aturcara untuk fungsi Auto Backup

Baru-baru ini saya telah menerima panggilan dari Guru Besar sebuah sekolah yang menggunakan Sistem Kehadiran Guru dan Staf versi 5. Beliau telah meminta bantuan saya untuk mengembalikan data asal kerana beliau telah ter Muat Naik data lama.

Yang menjadi masalah kepada Guru Besar tersebut adalah kerana beliau tidak membuat Muat Turun Data (Backup) data terbaru. Maka semua kehadiran yang terbaru telah hilang. Saya sangat simpati kepada beliau kerana data tersebut hendak digunakan untuk urusan claim guru ganti.

Saya juga berasa kesal kerana tidak dapat membantu beliau. Jadi saya telah menambah kod aturcara dalam SKGv5 agar sistem dapat membuat backup secara automatik mengikut masa yang telah ditetapkan. Semoga fungsi ini dapat membuatkan sistem ini lebih baik pada masa akan datang.


Berminat dengan sistem ini?

Harga sistem hanya RM 80 sahaja.
Hubungi :
Rezuan - 0127243559 - Whatsapp, Telegram
rezuan05@gmail.com



No comments:

Post a Comment