Pada ketika dahulu fungsi ini sudah saya wujudkan. Namun begitu pada Sistem Kehadiran Guru versi 2.0 telah saya tutup fungsi ini. Keadaan ini kerana saya ingin fokus kepada pembangunan kehadiran guru dan staf ke sekolah sahaja.
Setelah beberapa lama membangunkan sistem ini, akhirnya fungsi kehadiran guru dan staf ke sekolah telah beroperasi dengan baik. Dengan sumbangan idea dari pelbagai sekolah, sistem ini telah dapat memenuhi keperluan semua sekolah iaitu Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan juga sekolah dua sesi.
Kini, sudah tiba masanya saya teruskan pula dengan fungsi Kehadiran Kokurikulum. Seperti semua maklum, aktiviti kokurikulum adalah wajib dijalankan pada setiap minggu. Maka sememangnya satu keperluan untuk merekod kehadiran guru semasa aktiviti kokurikulum.
Selain itu juga, pengekodan program ini juga telah saya tambah baik. Salah satunya adalah dengan menghilangkan paparan kemasukan No Pengenalan Peribadi jika sekolah menggunakan barkod scanner. Ini bertujuan agar semua guru dan staf menggunakan kad ID yang telah dicetak untuk daftar kehadiran. Ia juga sekaligus mampu menghalang daftar masuk oleh pengguna yang tidak sepatutnya.
Berminat ; Hubungi;
Mohd Rezuan bin Zakaria
0127243559
rezuan05@gmail.com
Harga hanya RM 80 sahaja.
Tuesday, August 16, 2016
Saturday, July 23, 2016
Run SKGv3 on Network Part 2
Setelah konfigurasi komputer yang telah diinstall Sistem Kehadiran Guru dan Staf SKGv3. Langkah seterusnya adalah konfigurasi komputer yang ingin menggunakan SKGv3 dalam rangkaian yang sama pula. Ikuti langkah-langkah di bawah
Buka My Computer dan Pilih Network
Klik pada PC yang telah diinstall Sistem Kehadiran Guru dan Staf (SKGv3)
Klik folder SKG yang telah di sharing
Cari fail SKGv3
Klik kanan fail SKGv3 dan klik Send to Desktop
Perhatikan, sekarang fail shortcut SKGv3 sudah berada di desktop
Klik fail SKGv3 di desktop dan klik Open
Ketika ini, jika keluar paparan peringatan memberitahu bahasa tiada sambungan dengan database, klik sahaja ok. Kemudian klik Menu Utama.
Klik OK jika keluar apa apa warning.
Klik Utiliti dan Pilih Link Database
Cari folder SKG di dalam network (komputer yang diinstall SKGv3) dan klik Open
OK, dah boleh digunakan untuk mengisi kehadiran.
Thursday, July 21, 2016
Run SKGv3 on Network Part 1
Pada pendapat saya salah satu fungsi penting dalam sistem kehadiran adalah kemudahan untuk digunakan dalam rangkaian. Pada post yang lepas saya telah menerangkan Sistem Kehadiran Guru dan Staf boleh digunakan pada komputer dan smartphone. Walaubagaimanapun, saya tidak mahu lagi menjual sistem SKGv3 versi online ini kepada pihak sekolah kerana programming PHP yang digunakan mudah dieksploitasi dan diubahsuai. Maksudnya, sesiapa sahaja boleh ubahsuai sistem ini dan jual semula. Jadi saya hanya gunakan SKGv3 online untuk diri sendiri sahaja walaupun versi online ini saya telah kembangkan fungsinya dari masa ke semasa.
Namun begitu, SKGv3 itu sendiri sebenarnya boleh diakses oleh komputer lain dalam rangkaian yang sama. Pihak sekolah boleh menginstall sistem pada sebuah komputer dan boleh mengisi kehadiran menggunakan komputer yang lain. Mengisi kehadiran tidak perlu hanya terhad pada sebuah komputer sahaja. Bagaimana caranya untuk menggunakan SKGv3 ini dalam network?
Pastikan komputer yang ingin digunakan untuk mengakses SKGv3 telah disambungkan pada network, sama ada menggunakan WiFi atau kabel LAN. Ikut langkah-langkah bergambar di bawah.
Namun begitu, SKGv3 itu sendiri sebenarnya boleh diakses oleh komputer lain dalam rangkaian yang sama. Pihak sekolah boleh menginstall sistem pada sebuah komputer dan boleh mengisi kehadiran menggunakan komputer yang lain. Mengisi kehadiran tidak perlu hanya terhad pada sebuah komputer sahaja. Bagaimana caranya untuk menggunakan SKGv3 ini dalam network?
Pastikan komputer yang ingin digunakan untuk mengakses SKGv3 telah disambungkan pada network, sama ada menggunakan WiFi atau kabel LAN. Ikut langkah-langkah bergambar di bawah.
Pada komputer yang telah diinstall Sistem Kehadiran Guru dan Staf (SKGv3), buka drive C.
Klik kanan pada folder SKG dan pilih properties
Klik tab Sharing dan seterusnya klik butang Share
Pilih Everyone
Seterusnya klik butang Add
Pada permission Level untuk Everyone, pilih Read/Write dan klik butang Share
Akhir sekali, klik Done.
Ok, setting pada komputer utama (server) sudah berjaya dan siap sedia untuk digunakan pada komputer yang lain. Pada post seterusnya, saya akan tunjukkan pula bagaimana setting untuk komputer lain (client) untuk mencapai Sistem Kehadiran Guru dan seterusnya mengisi kehadiran setiap hari.
Berminat dengan SKGv3, Hubungi :
Mohd Rezuan bin Zakaria
0127243559 Whatsapp
rezuan05@gmail.com
Monday, July 11, 2016
Monday, February 8, 2016
SKGv3 Processor
Kini, Sistem Kehadiran Guru versi 3 telah ditambah baik dari segi pengekodannya. Sistem kini respon dengan lebih pantas walaupun menggunakan pemproses lama seperti Pentium 4. SKGv3 lebih mudah digunakan dan tidak memerlukan pemahaman yang tinggi tentang pengendalian sistem. Malah pengguna iaitu Guru dan Staf tidak menggunakan banyak masa untuk daftar masuk dan daftar keluar (1 hingga 3 saat sahaja).
Berminat;
Mohd Rezuan bin Zakaria
rezuan05@gmail.com
0127243559 (Call, SMS, WhatsApp)
Subscribe to:
Posts (Atom)