Wednesday, December 30, 2015

Fungsi baru dan Analisis Kehadiran Guru dan Staf (SKGv3)

Sistem Kehadiran Guru dan Staf telah di naik taraf kepada versi 3 (SKGv3). Kelebihan versi 3 adalah ia menyokong dua (2) sesi persekolahan. Selain itu juga, beberapa paparan telah dikemaskini dan analisis kehadiran guru dan staf secara menyeluruh telah dibuat. SKGv3 sekaligus memudahkan pengisian data Keberadaan Guru yang biasanya diminta oleh pihak PPD atau JPN.

Fungsi baru yang ditambah;

1. Import data Guru dan Staf dari sistem eOperasi


Penguna SKGv3 tidak perlu memasukkan nama setiap guru dan staf satu persatu. Hanya klik butang Import eOperasi. Sangat memudahkan dan menjimatkan masa. (Versi dahulu menggunakan data emis. Sekarang emis hanya untuk fizikal sekolah, sudah tidak boleh digunakan lagi)


2. Export data ke Excel


Jika perlukan data sebagai rujukan tanpa cetakan, pengguna hanya perlu muat turun data format Microsoft Excel.


3. Laporan dan Analisis



Analisis Kehadiran mengikut tarikh.
Selain itu, analisis juga dilakukan mengikut nama dan mengikut sesi.


Info;
Bil. Hadir: Bilangan Guru/Staf Hadir pada tarikh tersebut.
Bil. Tiada: Bilangan Guru/Staf Tiada di sekolah yang dinyatakan sebabnya seperti Mesyuarat, Kursus dll.
Bil. Tidak Hadir: Bilangan Guru/Staf yang tidak hadir ke sekolah tanpa dinyatakan sebabnya. (Tidak dimasukkan dalam maklumat guru/staf tiada)
Peratus Kehadiran: Peratus kehadiran Guru/Staf pada hari tersebut



Analisis Kehadiran Guru Lewat dan Guru Tidak Daftar Keluar






Berminat? Hubungi;
Mohd Rezuan bin Zakaria
rezuan05@gmail.com
0127243559 (Call, SMS @ Whatsapp)




No comments:

Post a Comment