Thursday, November 27, 2014

SKG v2.0

Sistem Kehadiran Guru versi 2.0


Kadang-kadang saya selalu terfikir nak buat macam-macam penambahan dalam SKG supaya lebih menarik dan mudah digunakan. Biasanya ia berlaku dalam otak sahaja kerana tiada masa untuk menghadap sistem ni. Penambahan yang kita terfikir tu mudah sahaja nak buat, dan boleh menggalakkan orang terasa nak guna sistem ini.

Kemaskini pada kali ini dibuat dengan penambahan paparan 1 saat gambar serta maklumat daftar masuk atau daftar keluar untuk pengguna. Sistem yang lama, apabila kita klik butang daftar masuk atau keluar, nama dan masa akan terus disimpan dalam pangkalan data. Jadi mungkin guru tu tak perasan sama ada dia sudah daftar masuk atau keluar.

Walaupun ada paparan senarai nama, tapi mungkin guru tersebut tak skroll ke bawah untuk melihat. Dan walaupun ada paparan guru terakhir masuk, mungkin dia tak perasan juga. Maka mungkin penambahan ini akan membantu. 


Penambahan untuk gambar dalam ruangan Maklumat Pengguna




Paparan 1 saat jika guru mendaftar masuk atau daftar keluar








Berminat :

Mohd Rezuan bin Zakaria
0127243559
rezuan05@gmail.com





No comments:

Post a Comment