Pada pendapat saya salah satu fungsi penting dalam sistem kehadiran adalah
kemudahan untuk digunakan dalam rangkaian. Pada
post yang lepas saya telah menerangkan Sistem Kehadiran Guru dan Staf boleh digunakan pada komputer dan
smartphone. Walaubagaimanapun, saya tidak mahu lagi menjual sistem SKGv3 versi online ini kepada pihak sekolah kerana programming PHP yang digunakan mudah dieksploitasi dan diubahsuai. Maksudnya, sesiapa sahaja boleh ubahsuai sistem ini dan jual semula. Jadi saya hanya gunakan SKGv3 online untuk diri sendiri sahaja walaupun versi online ini saya telah kembangkan fungsinya dari masa ke semasa.
Namun begitu, SKGv3 itu sendiri sebenarnya boleh diakses oleh komputer lain dalam rangkaian yang sama. Pihak sekolah boleh
menginstall sistem pada sebuah komputer dan boleh mengisi kehadiran menggunakan komputer yang lain. Mengisi kehadiran tidak perlu hanya terhad pada sebuah komputer sahaja. Bagaimana caranya untuk menggunakan SKGv3 ini dalam
network?
Pastikan komputer yang ingin digunakan untuk mengakses SKGv3 telah disambungkan pada
network, sama ada menggunakan WiFi atau kabel LAN. Ikut langkah-langkah bergambar di bawah.
Pada komputer yang telah diinstall Sistem Kehadiran Guru dan Staf (SKGv3), buka drive C.
Klik kanan pada folder SKG dan pilih properties
Klik tab Sharing dan seterusnya klik butang Share
Pilih Everyone
Seterusnya klik butang Add
Pada permission Level untuk Everyone, pilih Read/Write dan klik butang Share
Akhir sekali, klik Done.
Ok, setting pada komputer utama (server) sudah berjaya dan siap sedia untuk digunakan pada komputer yang lain. Pada post seterusnya, saya akan tunjukkan pula bagaimana setting untuk komputer lain (client) untuk mencapai Sistem Kehadiran Guru dan seterusnya mengisi kehadiran setiap hari.
Berminat dengan SKGv3, Hubungi :
Mohd Rezuan bin Zakaria
0127243559 Whatsapp
rezuan05@gmail.com