Saturday, July 23, 2016

Run SKGv3 on Network Part 2

Setelah konfigurasi komputer yang telah diinstall Sistem Kehadiran Guru dan Staf SKGv3. Langkah seterusnya adalah konfigurasi komputer yang ingin menggunakan SKGv3 dalam rangkaian yang sama pula. Ikuti langkah-langkah di bawah


Buka My Computer dan Pilih Network



Klik pada PC yang telah diinstall Sistem Kehadiran Guru dan Staf (SKGv3)



Klik folder SKG yang telah di sharing



Cari fail SKGv3



Klik kanan fail SKGv3 dan klik Send to Desktop



Perhatikan, sekarang fail shortcut SKGv3 sudah berada di desktop



Klik fail SKGv3 di desktop dan klik Open



Ketika ini, jika keluar paparan peringatan memberitahu bahasa tiada sambungan dengan database, klik sahaja ok. Kemudian klik Menu Utama.



Klik OK jika keluar apa apa warning.



Klik Utiliti dan Pilih Link Database



Cari folder SKG di dalam network (komputer yang diinstall SKGv3) dan klik Open


sistem kehadiran guru dan staf versi 3 online network

OK, dah boleh digunakan untuk mengisi kehadiran.


Thursday, July 21, 2016

Run SKGv3 on Network Part 1

Pada pendapat saya salah satu fungsi penting dalam sistem kehadiran adalah kemudahan untuk digunakan dalam rangkaian. Pada post yang lepas saya telah menerangkan Sistem Kehadiran Guru dan Staf boleh digunakan pada komputer dan smartphone. Walaubagaimanapun, saya tidak mahu lagi menjual sistem SKGv3 versi online ini kepada pihak sekolah kerana programming PHP yang digunakan mudah dieksploitasi dan diubahsuai. Maksudnya, sesiapa sahaja boleh ubahsuai sistem ini dan jual semula. Jadi saya hanya gunakan SKGv3 online untuk diri sendiri sahaja walaupun versi online ini saya telah kembangkan fungsinya dari masa ke semasa.

Namun begitu, SKGv3 itu sendiri sebenarnya boleh diakses oleh komputer lain dalam rangkaian yang sama. Pihak sekolah boleh menginstall sistem pada sebuah komputer dan boleh mengisi kehadiran menggunakan komputer yang lain. Mengisi kehadiran tidak perlu hanya terhad pada sebuah komputer sahaja. Bagaimana caranya untuk menggunakan SKGv3 ini dalam network?

Pastikan komputer yang ingin digunakan untuk mengakses SKGv3 telah disambungkan pada network, sama ada menggunakan WiFi atau kabel LAN. Ikut langkah-langkah bergambar di bawah.



Pada komputer yang telah diinstall Sistem Kehadiran Guru dan Staf (SKGv3), buka drive C.



Klik kanan pada folder SKG dan pilih properties



Klik tab Sharing dan seterusnya klik butang Share



Pilih Everyone



Seterusnya klik butang Add



Pada permission Level untuk Everyone, pilih Read/Write dan klik butang Share



Akhir sekali, klik Done.

Ok, setting pada komputer utama (server) sudah berjaya dan siap sedia untuk digunakan pada komputer yang lain. Pada post seterusnya, saya akan tunjukkan pula bagaimana setting untuk komputer lain (client) untuk mencapai Sistem Kehadiran Guru dan seterusnya mengisi kehadiran setiap hari.



Berminat dengan SKGv3, Hubungi :

Mohd Rezuan bin Zakaria
0127243559 Whatsapp
rezuan05@gmail.com