Wednesday, September 3, 2014

Kenapa Perlu Sistem Kehadiran Guru dan Staf?




Kita lihat dulu 5 fakta tentang sistem ini;
  1. Saya telah menggunakan sistem ini di sekolah selama tujuh (8) tahun (sejak tahun 2008) dan sentiasa diperbaiki mengikut keperluan dan kemudahan semasa. 
  2. Sistem ini mengikut pekeliling Perakam Waktu Bil 11/1981 dan perubahan 24 Februari 2004  
  3. Sistem ini simple, mudah dan tidak menyusahkan. 
  4. Saya boleh simpan data kehadiran guru dan staf, serta boleh dipindahkan ke komputer lain. 
  5. Saiz kecil, cepat proses (menggunakan aturcara mudah) serta mementingkan logikal operasi.

Kenapa murah?

Sebab saya lihat, sistem kehadiran di pasaran yang sama terlalu mahal. Pada permulaan sistem ini dibina, sistem yang sama dijual paling murah RM 300. Mahal sangat bagi saya. Kalau sekolah yang kecil sudah tentu tak dapat nak beli sistem ini.

Jadi saya bina dan saya jual dengan harga murah supaya orang lain dapat guna. Bayaran yang sedikit dikenakan adalah kerana atas dasar menghargai dan supaya tidak dicetak rompak. Malah saya akan memberi khidmat latihan jika diperlukan secara percuma. Ada yang saya akan telefon sendiri walaupun jauh untuk membantu agar sistem ini dapat digunakan dengan mudah. 

Akhirnya, sudah banyak sekolah yang menggunakan Sistem Kehadiran Guru dan Staf. Terima kasih saya ucapkan.